10 Cara Efektif Menghilangkan Kedutan Di Muka

10 cara efektif menghilangkan kedutan di muka

Adakah anda baru berumur 35 tahun tetapi telahpun mula melihat tanda-tanda penuaan, atau 55 dengan kulit yang tidak dapat menjaga rahsia umur semasa hari jadi anda.  Mencari cara terbaik untuk mengurangkan kedutan mungkin agenda anda. Pada saat yang sama, para dermotogis mengatakan, ramai dari kita kalah dalam pertempuran dengan penuaan, memandang dengan tak berdaya kepada orang dengan umur yang sama tapi dengan lebih sedikit kedutan.

Berikut adalah 10 cara yang efektif menurut para dermatologis untuk membuat perbezaan ketara pada diri anda. Sementara beberapa cara memerlukan kunjungan ke pakar kulit, banyak hal yang dapat anda lakukan sendiri dirumah.

Cara Mengurangi Kedutan: Yang Dapat Anda Lakukan


1. Hindari Daripada Terkena Pancaran Matahari Yang Berlebihan


Ini adalah penyebab No 1 kedutan. Dalam satu kajian yang meneliti kembar seiras, Pakar bedah plastik daripada New York, Darrick Antell, MD, menemui bahawa sinar matahari adalah punca kepada penuaan yang utama, bahkan lebih penting daripada faktor keturunan. Wanita yang kurang terkena pancaran matahari mempunyai lebih sedikit kedutan dan tampak lebih muda dari kembarnya yang terkena pancaran matahari yang lebih banyak.

2. Pakailah Sun Block / Sun Screen


Jika anda harus keluar di bawah sinaran matahari, American Academy of Dermatology menyarankan agar memakai tabir suria. Ini akan melindungi anda dari kanser kulit, dan membantu mencegah penuaan pada waktu yang sama.

3. Jangan Merokok


Asap rokok mempengaruhi usia kulit - terutama dengan mengeluarkan enzim yang memecahkan kolagen dan elastin, komponen penting menentukan usia kulit. Kajian yang dilakukan di Twin Research Unit di St Thomas Hospital di London merumuskan yang lelaki dan wanita yang merokok lebih cenderung memiliki kulit yang lebih berkedut dan 40% lebih nipis dibandingkan dengan orang yang tidak merokok.

4. Dapatkan Tidur Yang Cukup


Pakar dermatologis daripada Yale, Nicholas Perricone, MD, mengatakan bahwa ketika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, tubuh akan menhasilkan lebih banyak kortisol, hormon yang memecah sel-sel kulit. Dapatkan istirehat yang cukup, kata Perricone, dan Aada akan menghasilkan lebih banyak HGH (hormon pertumbuhan manusia), yang membantu kulit kekal tebal, lebih elastik dan lebih kecil kemungkinannya untuk munculnya kedutan.

5. Tidur Telentang


The American Academy of Dermatology (AAD) memperingatkan bahawa tidur di malam hari dengan posisi tertentu akan mengarah ke sisi -. Kedutan yang terhasil di permukaan kulit dan tidak hilang begitu. Anda bangun tidur serta terjadi peningkatan sisi kerutan pada pipi dan dagu anda. Sementara tidur tertelungkup membuat kening berkerut. Untuk mengurangi pembentukan kerutan, AAD menyarankan agar tidur terlentang.

6. Pakailah Kaca Mata Membaca


The American Academy of Dermatology (AAD)  mengatakan setiap gerakan wajah yang berulang - seperti menyepetkan mata - gerakan otot wajah yang berlebihan, akan membentuk alur di bawah permukaan kulit. Alur ini akhirnya menjadi kerutan. Juga penting: pakailah kaca mata. Ini akan melindungi kulit di sekitar mata dari kerosakan akibat sinar matahari dan selanjutnya membuat anda menyepetkan mata.

7. Makan Lebih Banyak Ikan Terutama Salmon


Salmon bersama dengan ikan lautan sejuk adalah sumber protein untuk kulit. Ia juga merupakan sumber penting kepada lemak asas yang dikenal sebagai omega-3. Perricone memberitahu kepada WebMD bahawa lemak asas ini membantu menyihatkan kulit dan tetap gebu dan muda, serta membantu mengurangkan kedutan.

8. Makan Lebih Banyak Kacang Soya


Selama ini, sebahagian besar bukti telah bersumberkan dari kajian terhadap haiwan, tetapi penelitian yang lebih tidak menunjukkan ciri-ciri tertentu dari kacang soya yang dapat membantu melindungi atau menyembuhkan kesan penuaan dari matahari . Dalam satu kajian terhadap manusia baru-baru ini, yang diterbitkan dalam European Journal of Nutrition, para pengkaji melaporkan bahwa supplemen berasaskan  kacang soya (bahan lain termasuk protein ikan dan ekstrak dari teh putih, biji anggur, dan tomato, serta beberapa vitamin)  menjadikan struktur kulit lebih baik setelah hanya enam bulan penggunaan.

9. Gantikan Kopi Dengan Koko 


Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition tahun 2006, kajian telah menemukan koko mengandungi dua kali ganda flavanols yang membantu kulit terhindar dari kerosakan akibat sinaran matahari, membaiki peredaran sel-sel kulit, memperbaiki kelembapan dan membuat kulit tampak bercahaya dan lembut.

10. Makan Lebih Banyak Buah Dan Sayuran


Mengapa sayur-sayuran dan buah-buahan penting? Ini kerana oleh sifat antioksidannya. Dalam kehidupan seharian, kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas (molekul tidak stabil yang dapat merosakkan sel-sel), antioksidan membantu kulit terlihat lebih muda dan lebih bercahaya, dan melindungi terhadap beberapa kesan penuaan daripada sinaran matahari.

0 comment... add one now