10 Cara Memutihkan Wajah Dalam 1 Minggu

10 cara memutihkan wajah dalam 1 minggu

Kulit yang putih bersih lebih disukai di mana-mana, terutama di Asia Timur dan Tenggara terutama di Malaysia dan Indonesia, di mana panas matahari menyebabkan sebahagian besar kulit penduduk disini menjadi kecoklatan atau sawo matang. 

Mungkin, alasan mengapa wanita di Malaysia dan Indonesia lebih memilih kulit yang putih kerana nampak bersih dan kelihatan lebih elegan. Di negara barat pula, keaadan seakan terbalik. Mereka mengidamkan kulit sawo matang.

Popular di kalangan orang Asia, produk pencerah dan pemutih kulit telah menjadi industri yang amat menguntungkan dengan syarikat–syarikat besar bersaing dengan berpuluh-puluh jenama yang lain.

Banyak produk pemutih kulit zaman moden dapat menghasilkan hasil yang cepat, namun pengguna sering membayar harga yang lebih tinggi. 

Produk pemutih kulit seperti ini dapat menyebabkan kerosakan kulit secara kekal, atau lebih buruk, kerosakan organ dan kanser kulit, kerana kebanyakan dari produk ini menggunakan bahan kimia berbahaya seperti hidrokuinon dan merkuri sebagai bahan aktif dalam krim pemutih. Jadi berhati - hatilah dalam memilih produk pemutih kulit. Lebih baik kulit wajah dapat menjadi putih dengan perlahan-perlahan dengan selamat.

Begitu banyak artikel menunjukkan cara untuk memutihkan kulit wajah. Artikel ini akan menunjukkan anda bukan sahaja bagaimana untuk memutihkan kulit, tapi juga bagaimana untuk mempertahankannya dengan perawatan wajah yang tepat. Berikut adalah 10 cara memutihkan wajah dalam 1 minggu dan bagaimana merawatnya.


1. Tingkatkan Pengambilan Vitamin C Anda


  • Hal ini berguna untuk mencerahkan warna kulit dan melembutkannya. Ia juga dapat membantu menjadikan kulit anda kuat dengan memperkukuhkan dasar struktur kolagen. Anda dapat meningkatkan pengambilan vitamin C dengan pemakanan.
  • Makan lebih banyak makanan yang mengandungi vitamin C. Ini termasuk buah oren, jus, strawberi, tomato, dan kacang hijau.
  • Minum supplemen yang mengandungi vitamin C. Jika anda memilih untuk melakukannya dengan cara ini, minum 250 mg setiap hari. Jangan melampaui jumlah ini.

2. Makan Lebih Banyak Vitamin A 


  • Anda pada asasnya terdiri dari Retinol, iaitu Vitamin A, ini akan membantu menjaga kulit anda supaya sihat dan kuat. Jika Anda merasa kulit Anda berkedut atau tidak cukup tegang, ini biasanya menunjukkan kekurangan vitamin A.
  • Makanan yang mengandungi vitamin A termasuk susu tanpa lemak, tiram, dan kuning telur. Anda juga boleh mendapatkan vitamin A dengan memakan makanan yang tinggi tahap beta karotennnya, yang akan membantu meminimalkan kerosakan daripada sinaran matahari pada kulit anda. Ini termasuk tembikai, betik dan tomato.

3. Kurangkan Terkena Sinar Matahari Dan Pencemaran


  • Sapukan krim tabir suria dengan minimum SPF 15 setiap kali anda berada di luar rumah. UVA / UVB diketahui merbahaya bagi kulit anda kerana mereka memperlambatkan kemampuan tubuh anda untuk memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dan mati. 
  • Pencemaran juga merupakan penyebab utama warna kulit menjadi kusam dan  juga penyebab jerawat.

4. Gunakan Produk Pencerah Atau Pemutih Kulit (Pilihlah Dengan Bijaksana) 


  • Produk pencerah kulit dengan hydroquinone atau asid kojic dapat mengurangi jumlah melanin dalam kulit bila digunakan. Tidak dapat dinafikan ia efektif, tetapi mereka datang dengan risiko yang tersembunyi.
  • Produk pemutih kulit banyak dikaitkan dengan merkuri. 1 dari setiap 4 krim agen pemutih dari China, mengandung merkuri, oleh itu gunakan dengan hati-hati.
  • Hati-hati dengan sinaran matahari walaupun ketika anda menggunakan produk pemutih kulit. Pendedahan kepada sinaran matahari berpanjangan dapat menyebabkan kanser kulit.
  • Selalu gunakan krim tabir suria yang sesuai dan perlindungan sinar matahari. Produk pemutih kulit boleh menyebabkan iritasi dan reaksi alergi pada sesetengah orang. Produk pemutih dengan steroid, seperti asid kojic, boleh mendedahkan anda pada risiko masalah kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan steroid.

5. Minum 8-10 Gelas Air Sehari 


  • Tidak diragukan lagi bahawa air putih merupakan ubat yang paling murah dan efektif untuk menyembuhkan sebarang penyakit. 
  • Untuk masalah kulit, minum air putih akan membantu menjaga kelembapan kulit anda.

6. Olahraga Setiap Hari Selama 30-60 minit 


  • Melakukan olahraga seperti berjogging atau bersukan akan membantu anda mengurangkan stress dan menyebabkan tubuh Anda mengeluarkan toksik dalam badan melalui peluh. Selain dari itu, bersukan dapat memberikan kulit wajah menjadi kuat dan lebih cerah.

7. Sapukan Madu Pada Kulit Wajah Anda


  • Selepas disapu, urut secara perlahan. Setelah 15 minit, bilas sampai bersih. Madu amat berguna untuk proses pembaikian kulit dan juga mencerahkan kulit. 
  • Selain itu madu juga berguna untuk menghilangkan noda bekas jerawat.

8. Gunakan Lemon Untuk Mencerahkan Warna Kulit Anda


  • Asid sitrat pada lemon bekerja dengan perlahan pada pigmen di kulit anda, tetapi proses perawatan ini akan memakan waktu cukup lama. Campur jus lemon segar dan air kemudian sapukan secara merata pada kulit wajah.

Hal Yang Harus Diperhatikan:

  1. Hindari sinaran matahari apabila menggunakan lemon dan produk pemutih kulit lainnya, selalu gunakan krim tabir suria dan hindari waktu yang tidak perlu di bawah sinar matahari. Lemon dan jus lemon dapat mengeringkan kulit, sehingga menjadi lemah terhadap kerosakan akibat matahari.
  2. Cuba gunakan jus lemon 3 atau 4 kali seminggu. Pencerahan kulit dengan jus lemon akan memakan waktu yang lama. Cuba untuk sapukan 3-4 kali setiap minggu. Jus lemon boleh mengeringkan kulit anda apabila disapu setiap hari.

9. Buat Masker Wajah


  • Bebeapa cara yang dapat digunakan untuk memutihkan kulit wajah dan meningkatkan keanjalan kulit wajah.
  • Masker timun dan Masker jus sayur bayam

10. Menggunakan Rawatan Daripada Rumah 


  • Membuat masker dari kentang, Membuat masker dari almond dan Membuat masker dari tomato.
  • Semoga kulit wajah anda menjadi lebih putih secara alami semulajadi dan tetap sihat sepanjang hari.

0 comment... add one now