5 Kesan Apabila Anda Memecahkan Jerawat

5 kesan apabila anda memecahkan jerawat

Munculnya jerawat pada wajah cantik anda benar-benar menjengkelkan. Apabila anda bangun pagi, melihat cermin, dan melihat beberapa butir jerawat muncul di muka anda boleh merosakkan seluruh hari anda.

Tetapi, pastikan anda tidak memecahkan jerawat anda segera. Mengapa? Berikut adalah beberapa sebab mengapa memecahkan jerawat akan membawa kepada kesan yang tidak baik untuk kulit anda:


1. Ia Boleh Memburukkan Masalah Jerawat


Memecahkan jerawat anda lebih awal hanya akan membuat ia lebih besar, dan ia berpotensi untuk menyebabkan jerawat yang lebih teruk. Pengalaman seperti ini pastinya anda tidak mahu alami. Walau bagaimanapun, perkara yang melucukan adalah bahawa secara semulajadi akan menjadi “gatal” untuk memecahkan jerawat anda.

2. Ia Akan Merebakkan Kemerahan Pada Wajah 


Apabila anda mempunyai jerawat, anda harus sedar bahawa kemerahan atau kerengsaan akan merebak di kawasan sekitar jika anda menyentuh dengan tangan anda atau cuba untuk memecahkannya. Anda akan kelihatan lebih teruk apabila kawasan kemerahan menjadi besar pada muka anda.

3. Ia Akan Menyebabkan Parut 


Memecahkan jerawat anda juga akan menyebabkan parut. Anda perlu berhati-hati tentang perkara ini. Ia akan meninggalkan parut atau tanda pada muka anda yang boleh menjejaskan penampilan. Walaupun ia boleh dirawat dan sembuh, ia biasanya akan mengambil tempoh masa yang panjang.

4. Ia Menyakitkan


Anda tidak seharusnya memecahkan jerawat anda kerana ia pasti akan menyakitkan. Apabila anda menyentuh jerawat anda, ia menjadi merah kerana jangkitan serta lebih lebih besar. Oleh itu, anda akan merasa pedih dan sakit pada wajah anda.

5. Ia Akan Mencetuskan Lebih Banyak Jerawat Baru Muncul 


Semakin banyak jerawat akan muncul pada wajah anda jika anda cuba untuk memecahkan satu jerawat. Bekas pecahan jerawat akan mencetuskan lebih banyak kuncu-kuncunya muncul di kawasan-kawasan yang anda tidak pernah jangka sebelum ini. Jadi berhati-hatilah. Apabila anda mempunyai lebih banyak jerawat merebak di muka anda, dan anda tidak dapat mengawalnya, maka ia akan menjadi sangat sukar bagi anda untuk benar-benar menghapuskannya.


Jadi, mereka adalah kesan-kesan buruk yang anda akan mengalami apabila anda memecahkan jerawat anda. Ia mungkin menjadi satu aktiviti yang mudah yang anda lakukan di waktu pagi, tetapi akibat yang boleh menjadi sukar anda tanggung. 

Ingatlah bahawa apabila anda mempunyai lebih banyak jerawat pada muka anda, anda akan mula mempunyai masalah menunggu di hadapan anda.

Tidak lupa juga, jika anda telah mempunyai banyak jerawat, memecahkan satu jerawat tidak akan membuat mereka semua hilang. Sebaliknya, ia akan menjadi bertambah buruk.

0 comment... add one now