5 Tips Mudah Untuk Kulit Anda Sentiasa Muda Dan Berseri

5 tips mudah untuk kulit anda sentiasa muda dan berseri

Saya tahu anda pasti pernah merasa untuk memiliki kulit yang cantik dan berseri. Apakah rahsia kepada awet muda selebriti-selebriti di luar sana? Tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan kulit mereka, walaupun tidak lagi semuda dahulu? 

Jangan bimbang, jika mereka boleh, anda juga boleh. Berikut adalah lima tips mudah untuk kulit anda kekal muda dan berseri.

Pertama, selalu lindungi kulit anda daripada sinaran matahari yang terik. Jangan memandang remeh terhadap apa yang sinaran matahari boleh lakukan kepada kulit anda. Pendedahan yang berterusan mampu dan akan merosakkan kulit anda. Ia akan menyerap kelembapan dan menyebabkan kulit anda kering dan berminyak. Selain dari itu, ia juga boleh menggelapkan melanin kulit anda. Untuk melindungi kulit anda, biasakan diri menyapu pelindung matahari. Gunakan produk yang disyorkan oleh dermatologis anda.

Selain daripada itu, gunakan krim bawah mata dan wajah untuk mengurangkan lingkaran bawah mata dan kedutan pada wajah anda. Untuk kedutan, adalah terbaik untuk menggunakan krim dengan retinol kerana ia terbukti merangsang penghasilan kolagen pada wajah anda. Krim dan serum dengan vitamin C sesuai untuk lingkaran bawah mata kerana ia mengurangkan penghasilan melanin yang boleh menggelapkan kulit.

Ketiga, gunakan anti oksidan untuk menyerap radikal bebas pada wajah dan tubuh anda. Radikal bebas adalah bahan-bahan yang menjadi penyumbang kepada banyak penyakit seperti kanser. Kirm dengan anti oksidan sangat berguna kepada kulit anda untuk mengurangkan komplikasi kulit.

Adalah amat penting untuk mengekalkan tubuh anda terhidrat. Tiada salahnya jika anda minum banyak air, lagi-lagi dalam musim panas pasca jerebu sekarang. Ia cara yang terbaik untuk detox tubuh anda daripada dalam. Kulit anda hilang seri dan keanjalan sekiranya ia kering dan kesan pelembab juga lebih optimum sekiranya kulit anda terhidrat

Yang terakhir sekali, selain daripada usaha-usaha anda seperti diatas, sentiasa jaga pemakanan anda. Tubuh yang sihat bermula daripada dalam, makan vitamin dan mineral yang secukupnya. Selain daripada itu, pemakanan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga daging ikan yang sihat dan kaya dengan omega 3 yang boleh membaiki sel kulit. Jangan lupa membuat urutan muka sebagai rutin kerana ia mejana semula peredaran darah di zon muka dan merehatkan otot-otot yang penat. Dengan urutan juga, kulit mati boleh dikeluarkan, dan memberi peluang kepada kulit baru untuk muncul.

Anda tidak perlu menyembunyikan wajah anda lagi. Serikan wajah anda dengan tips-tips ini dan nampak lebih muda daripada usia anda.

0 comment... add one now