5 Tips Untuk Selesaikan Masalah Kulit Yang Kering

5 tips untuk selesaikan masalah kulit yang kering

Kulit yang kering kekurangan minyak semulajadi diperlukan oleh kulit untuk kekal lembab. Ini boleh menyebabkan kulit sensitif. Seperti namanya kulit ini kelihatan kering kerana ia kurang berkemampuan untuk menyimpan lembapan. 

Jika anda merasakan kulit anda terasa “ketat” dan tidak selesa selepas membasuh muka. Anda kemungkinan mengalami symptom kulit kering.

Salah satu cara mengurangkannya ialah menyapu pelembab. Selain daripada itu, jika bibir anda menggelupas merekah, itu bermakna kulit anda sangat kering dan kurang terhidrat.


Ada Beberapa Perkara Yang Perlu Dititikberatkan Sekiranya Anda Memiliki Kulit Yang Kering


1. Pelembapan Kulit


Sapu losyen dan krim pelembab selepas mandi setiap hari. Pilih pelembab yang bersifat tebal seperti krim pekat. Sapukan sekerap mungkin.


2. Kekal Terhidrat


Keperluan anda untuk minum adalah lebih tinggi berbanding yang lain. Jadi adalah disarankan supaya anda meminum 10 gelas air setiap hari. Meminum air pada kadar ini akan dapat memastikan anda terhidrat. Salah satu sebab kulit anda kering adalah sebab kurang terhidrat. Meminum air akan dapat memastikan tubuh anda sihat dan berseri.


3. Mandi Dalam Air Suam


Mandi air suam memberikan anda kelembapan yang kulit anda perlukan. Air yang panas pula menyebabkan kulit anda kering. Begitu juga dengan air sejuk.


4. Skrub Kulit Anda


Biasakan untuk skrub kulit anda setiap 2 hari. Skrub akan dapat memastikan kulit anda bersih dan bebas dari kulit mati. Gunakan loofah, batu pumis atau skrub yang lembut. Jauhkan daripada kawasan mata yang nipis dan sensitif.


5. Lindungi Kulit Anda Daripada Cuaca Yang Terlalu Sejuk Dan Panas


Jika anda boleh, kurangkan aktiviti luar semasa cuaca yang terlalu panas. Jika anda terpaksa untuk keluar, pastikan anda membawa pelembap secukupnya.

0 comment... add one now