7 Tips Menghilangkan Lingkaran Bawah Mata

7 tips menghilangkan lingkaran bawah mata

1. Mahu menghilangkan lingkaran bawah mata dengan berkesan? Gunakan hirisan timun dan air mawar. Kedua-dua bahan ini memiliki bahan yang boleh melembutkan kulit dan membuatkan kulit kelihatan lebih cerah. Cara terbaik menggunakan hirisan timun tentulah dengan meletakkannya diatas mata anda. Untuk air mawar pulak, rendamkan kapas dan letakkan diatas mata anda.

2. Cara lain ialah menggunakan concealer berwarna kuning. Warna kuning boleh menghilangkan kebiruan bawah mata anda secara efektif dan meninggalkan kulit anda nampak rata tanpa noda.

3. Dapatkan tidur yang cukup. Tidur dengan cukup baik untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Jika anda mendapat tidur yang cukup lebih kurang lingkaran bawah mata akan kelihatan. Selain daripada itu tidur yang cukup juga dapat mengurangkan kesan penuaan dan kedutan.

4. Sekiranya anda menggunakan penutup noda (concealer), cuba sapukan secara ringan (kurang tekanan) kepada lingkaran bawah mata tersebut. Ini kerana ia akan nampak semulajadi.

5. Cara yang lain pula adalah penggunaan krim vitamin kulit. Vitamin ini menyokong pembinaan kulit yang kuat dan sihat, sekaligus menghilangkan lingkaran bawah mata.

6.  Selain dari penggunaan timun dan air mawar, hirisan kentang yang disejukkan juga boleh mengurangkan kesan lingkaran bawah mata. Ini kerana kentang kaya dengan potatosium yang dapat menghilangkan apa sahaja tanda-tanda hitam di bawah mata anda.

7. Minyak hazel juga dapat menolong mengurangkan beg-beg hitam dibawah mata anda. Gunakan seperti air mawar.

0 comment... add one now