8 Tips Terbaik Mengawal Dan Menghilangkan Jerawat Anda

8 tips terbaik mengawal dan menghilangkan jerawat anda
Photos by: verywell

Memang tidak dinafikan bahawa masalah jeragat dan jerawat adalah isu yang amat merisaukan semua orang di semua peringkat hidup. Masalah jerawat kebiasaanya berlaku dikalangan remaja dan juga golongan dewasa muda. 

Antara faktor yang menyumbang kepada jerawat adalah perubahan hormon dan juga daripada keturunan, namun anda tidak harus berdiam diri dan menderita sendiri sekiranya anda mengalami masalah ini. 

Terdapat banyak cara untuk mengawal dan menghilangkan jerawat. Dan kebanyakan daripada cara-cara ini adalah secara semulajadi dan holistik. Ada lapan tips yang boleh saya cadangkan untuk menghilangkan jerawat secara efekif.


1. Jangan Memicit Jerawat Atau Bintik-Bintik Hitam Di Wajah Anda 


Saya tahu ia sangat menggoda untuk dipicit, tetapi cuba untuk tidak menggaru, mengosok ataupun menyentuh jerawat tersebut. Tindakan-tindakan tersebut meningkatkan pengeluaran sebum, yang dapat menyumbang kepada lebih banyak tumbuhnya jerawat. Memicit jerawat juga memecahkan membran dibawah kulit anda dan boleh menyebabkan jangkitan serta mampu menjadikannya lebih teruk lagi. Senang kata, kalau nak lagi banyak jerawat, dipersilakan memicitnya.


2. Jika Boleh Elakkan Solekan Yang Tebal


Produk solekan boleh menyebabkan pori-pori tersumbat, seterusnya menyebabkan jerawat. Jika anda perlu juga, adalah dicadangkan supaya anda menggunakan produk solekan berasaskan air.


3. Tukar Sarung Bantal Anda Selalu 


Ini adalah kerana kulit muka dan rambut anda menyentuh bantal setiap hari. Oleh itu adalah penting supaya bantal dan sarung bantal anda bersih, dan kekal bersih. Sarung bantal anda boleh menjadi sangat kotor dengan cepat kerana kulit dan minyak daripada rambut, yang boleh menyebabkan lebih banyak jerawat. Jika boleh, sila basuh dan tukar bantal anda dua hingga tiga kali seminggu.


4. Gunakan Sabun Menghilangkan Jerawat Dua Kali Sehari


Basuh muka anda dengan sabun yang dirumus khas untuk menghilangkan jerawat pada waktu pagi dan sebelum tidur. Basuh wajah anda dengan lembut. Ini kerana mengosok dengan kuat dan kasar dapat merangsang kelenjar minyak pada wajah anda untuk mengeluarkan lebih banyak sebum, sekaligus mengalakkan pertumbuhan jerawat.


5. Pilih Stail Rambut Yang Tidak Menutupi Wajah Anda 


Ini kerana rambut anda mengandungi minyak yang boleh merangsang pertumbuhan jerawat. Basuh rambut anda setiap hari.


6. Cubalah Masker Daripada Madu Asli


Madu bersifat anti bakteria dan mampu menyahkuman dan menyembuhkan jerawat yang tidak serius. Ia juga lembut dan boleh digunakan oleh mereka yang berkulit sensitive.


7. Jagalah Nutrisi Anda 


Jerawat adalah tanda kekurangan khasiat. Kulit anda adalah petunjuk kepada sama ada anda mendapat khasiat yang cukup untuk badan anda atau tidak. Makan multi-vitamin setiap hari ataupun  suplemen berunsurkan kromium. Makan makanan yang kaya dengan zat zink dan beta karotin (vitamin A). Makanan yang berbijirin penuh, serta yang diperkaya dengan omega 3 seperti ikan, flax, sayur-sayuran berdaun hijau, lobak merah dan the hijau adalah makanan yang berkesan mengawal jerawat dan jeragat.


8. Gunakan Krim Jerawat

 

Jika jerawat anda berterusan dan bertambah teruk, adalah bermungkinan krim yang anda gunakan tidak sesuai dengan anda.

Jerawat dan jeragat bukanlah satu situasi dimana anda harus bersabar dan menderita kerananya. Ikuti lapan tips ini dan anda boleh menjadikan kulit anda lebih bersih dan sihat.

0 comment... add one now