Amalkan 4 Tips Ini Untuk Penjagaan Kulit Anda Sekarang

amalkan 4 tips ini untuk penjagaan kulit anda sekarang

Kita semua bersetuju yang kecantikan bermula daripada kulit yang cantik. Secara keseluruhannya, kulit anda adalah aksesori terpenting anda. Ia dapat menunjukkan kesihatan secara fizikal. 

Siapa perlukan kosmetik jika anda memiliki kulit yang cantik dan berseri? Malangnya ramai daripada kita mengabaikan kesihatan kulit. Solekan akan lebih berkesan dan menarik sekiranya disapu pada wajah yang berseri, seperti juga lukisan yang cantik dimulai pada sapuan cat pada permukaan kanvas yang putih bersih. 


Oleh itu apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda mahu menyerlahkan keindahan dalaman yang kita semua idamkan?


1. Uruskan Pori-Pori Kulit Anda


Nasihat ini ditujukan khas kepada anda yang mempunyai kulit yang berminyak. Liang pori-pori anda boleh membesar di kawasan hidung anda kerana panas, cahaya matahari dan minyak yang berlebihan. Dan tidak lupa juga ia datang dengan teman baiknya si bintik-bintik hitam. Oleh itu, luangkan seminggu sekali untuk membersihkan kulit anda dengan pembersih bintik hitam dan selepas itu bersihkan pori-pori anda dengan menggunakan pembersih dengan asid salycilic. Jika anda mahu membuat sendiri pembersih anda, campurkan cuka dan pil aspirin. Campuran ini berfungsi sebagai astringen dan anti-jerawat.


2.Jangan Masuk Tidur Tanpa Menanggalkan Solekan


Mekap yang tertinggal pada wajah boleh menyebabkan wajah anda nampak lebih tua. Gunakan pembersih, toner dan pelembab untuk menanggalkan mekap anda. Selain dari itu, air termal dapat membersihkan wajah anda jika anda terasa malas dan tidak cukup masa.


3. Cukup Tidur Dan Diet Yang Seimbang


Tidur yang minimum selama 8 jam diperlukan sekiranya anda mahu wajah anda lebih berseri. Kebiasaan lingkaran bawah mata akan muncul jika anda biasa tidur lewat. Berkenaan mata pula, anda perlu lebih berhati-hati dengannya, antara cara untuk mengurangkan bawah mata ialah meletakkan timun selama 15 minit atau ketika perlu. Tentang pemakanan, biasakan diri memakan sayuran yang mengandungi banyak air seperti, timun, bayam dan brokoli dan buah-buahan. Elakkan makanan berlemak tepu jika anda tidak mahu jerawat tumbuh dengan cantiknya pada wajah anda.


4. Elakkan Merokok


Semua orang tahu bagaimana kesan nikotin kepada badan anda. Merokok boleh menyebabkan kesan hitam pada kulit anda dan menyedut asap rokok adalah sebab kepada kedutan pada mulut. Selain daripada mengganggu kesihatan anda dan orang-orang sekeliling anda, ia juga menyebabkan tubuh anda berbau kurang menyenangkan.

Berikut adalah tips yang dapat dikongsikan disini. Pastikan anda minum 8 gelas air sehari dan amalkan gaya hidup sihat dengan bersukan sekali sekala.

0 comment... add one now