Kulit Anda Sensitif Begini Cara Penjagaannya

kulit anda sensitif begini cara penjagaannya

Kulit yang sensitif amat mudah merengsa akibat perkara yang remeh, seperti makanan yang anda makan atau produk kosmetik yang anda pakai. Disebabkan itu, anda perlu lebih teliti dalam penjagaan kulit anda. Berikut adalah perkara yang boleh dan tidak boleh anda lakukan dengan kulit sensitif.


Anda Boleh:


Jaga kulit anda dengan biasakan diri meminum air kosong dengan lemon. Buah lemon ada banyak khasiat terutama bagi kulit yang sensitif. Ia dapat mendetokskan toksik dari dalam, membersihkan darah dan melegakan kembung perut.

Lindungi kulit sensitif anda dengan menggunakan pelindung tabir matahari (sunscreen). Gunakan jenis yang “non-comogenic” iaitu tidak akan menyumbat liang pori anda dan bebas daripada kimia paraben dan haruman. Ingat bahawa lebih tinggi SPF, lebih mudah ia merengsakan kulit anda. Pilih SPF 30 yang mampu menghalang 97% sinaran ultraungu.

Pilih produk yang betul dan sesuai dengan kulit anda. Antara bahan yang paling merengsakan anda dalam kosmetik ialah haruman. Pilih produk yang bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan, tetapi juga anti kerengsaan seperti the putih, tumbuhan marin, calendula dan oat.

Jaga pemakanan anda! Banyakkan makanan berempah seperti kunyit, halia, kayu manis dan lada hitam. Makanan seperti ini dapat mengurangkan kerengsaan kepada kulit anda. Selain dari itu, ia juga membantu menghilangkan kedutan dan garis-garis halus.


Anda Jangan:


Selalu menggunakan skrub. Cukup sekali setiap lapan sehingga 14 hari. Jauhi skrub yang kasar seperti, kekacang, serbuk kerang, dan serbuk kristal. Gunakan skrub daripada bahan kimia seperti AHA.

Jangan menggunakan pembersih yang mengandungi sabun, sulfat dan wangian kerana ia boleh menyerap minyak semulajadi pada wajah anda.

Jangan gunakan air panas atau suam untuk membersihkan kulit

Jangan gunakan produk kosmetik berasaskan jeli petroleum. Ia membina satu lapisan pada kulit dan tidak membantu dalam proses pembaikan kulit.

0 comment... add one now