Kulit Mudah Berjerawat 3 Tips Memilih Bedak Asas Untuk Anda

kulit mudah berjerawat 3 tips memilih bedak asas untuk anda

Ramai wanita senang mendapat jerawat kerana kulit mereka yang sensitif. Jika anda salah seorang dari mereka, anda memerlukan rawatan yang khusus untuk merawat kulit anda. 

Terdapat banyak cara yang berkesan sekiranya kulit anda sensitif kepada sesetengah produk kosmetik, terutama bedak asas. Dengan 3 tips ini anda mampu merawat kulit anda dengan cepat.


1. Gunakan Bedak Asas Bebas Minyak


Sekiranya kulit anda mudah berjerawat, pilih bedak asas yang tidak mempunyai minyak sebagai ramuan utama. Kulit anda mungkin sensitif kepada sebarang minyak yang terdapat pada sesetengah produk. 

Ini kerana minyak boleh menyumbat liang roma, seterusnya menyebabkan radang pada kulit anda. Kesannya anda boleh mengalami masalah jerawat yang serius. Disebabkan itu, anda seharusnya menggunakan bedak asas yang bebas minyak, terutama jika anda mahu mengekalkan kulit yang sihat.


2. Tiada Pewangi Untuk Bedak Asas Anda


Sesetengah produk kecantikan mengandungi bahan kimia berbahaya, seperti pewangi untuk memperbaiki fungsi bedak asas anda. Namun tidak semua orang yang sesuai dengannya. 

Jika kulit anda mudah berjerawat, anda perlu mengelakkan produk jenis ini. Produk ini merbahaya untuk kulit anda kerana ia dibuat daripada bahan sintetik. Pastikan anda periksa bahan-bahan bedak asas anda sebelum membeli produk yang sesuai untuk kulit anda.


3. Biasakan Membersihkan Muka Anda Selalu


Jika anda mahu mengelakkan masalah jerawat yang teruk, adalah syorkan supaya anda membasuh muka anda selalu, terutama sekali selepas menggunakan bedak asas. 

Amat penting supaya anda membersihkan semua kosmetik dan solekan pada wajah sebelum tido. Ini untuk menjaga kulit anda dan memperbaiki rupa. Pilih pembersih yang sesuai untuk wajah anda.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan untuk memperbaiki kesihatan kulit anda secara keseluruhan. Dengan tahu bagaimana ciri-ciri bedak asas yang sesuai dengan anda, anda boleh menjaga kulit anda dengan baik.

0 comment... add one now