Pelembab Bagaimanakah Yang Sesuai Untuk Kulit Anda

pelembab bagaimanakah yang sesuai untuk kulit anda

Persoalannya, Manakah Yang Sesuai Untuk Anda?


Menurut pakar dematologis, membuat pilihan yang tepat sebenarnya amat senang. Ada berapa ciri yang disenaraikan. Ciri yang penting ialah jangan berbelanja terlalu banyak iaitu ciri yang UTAMA yang kita utamakan apabila membeli… apa saja.


1. Periksa Kandungan Pelembab Tersebut 


Ada beberapa kandungan utama dalam pelembab kulit yang membantu mengekalkan lembapan kulit wajah. Ia adalah petrolatum, minyak mineral, lanolin, dan sesetengah pelembab mengandungi alpha hydroxy acid (AHA) yang membantu menanggalkan kulit mati. Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering, pilih pelembab yang mengandungi AHA.


2. Pilih Pelembap Yang Mengandungi Pelindung Tabir Suria


Kita semua tahu yang kita memang perlu memakai pelindung tabir suria, jadi apa salahnya memilih pelembap yang memang mengandunginya? Ia menjimatkan masa. Yang penting ingat bahawa tabir suria yang baik adalah sekurang-kurangnya mempunyai SPF lebih daripada 30.


3. Tahu Jenis Kulit Anda Dan Pelembap Yang Sesuai Dengannya


Jika anda mengalami kulit sensitif, gunakan pelembab yang hypoallergenic yang tidak menrengsakan kulit. Pemilik kulit berminyak pula harus memilih jenis yang tidak berminyak. Dan orang berkulit kering, pilih pelembab yang bertekstur tebal, selain dari itu pilih jenis yang “noncomedogenic” yang bermakna ia tidak akan menyumbat pori-pori anda.


Apabila anda telah berjumpa dengan produk yang besesuaian dengan kulit anda, gunakannya setiap hari dan anda telah pun mengamalkan rejim kecantikan yang dapat mengelakkan kulit kering dan menyembunyikan kedutan. Pelembab tidak boleh menghilangkan kedutan yang biasanya terjadi akibat hilangnya kolagen dalam kulit, tapi dapat mengurangkannya dengan melembabkan kulit.

Pelembab lebih berkesan sekiranya anda menyapukannya pada kulit yang lembap. Masa yang terbaik adalah ketika anda selesai mandi, dimana masa tersebut kulit anda masih lembap. Sapuan secara menepuk kulit secara lembut dan bukannya menggosok krim. Menyapu pelembap ketika kulit anda masih lembab menyokong proses kelembapan yang diperlukan oleh kulit anda.

0 comment... add one now