Pelindung Tabir Surya Kosmetik Terpenting Anda

pelindung tabir surya kosmetik terpenting anda

Tekaan saya ialah “kadang-kadang”. Kita semua selalu terpengaruh dengan janji-janji manis banyak kosmetik yang kononnya mampu memudakan kulit dan menghilangkan kedutan semalaman. Hakikatnya, banyak produk diluar sana tidak menunaikan apa yang dijanjikan. Kedutan, jeragat atau apa saja masalah anda, ia masih ada di wajah anda pada keesokan harinya.

Namun ada satu sahaja kosmetik yang lebih penting berbanding lain. Apakah ia? Ia ialah pelindung tabir surya.

Pelindung tabir surya ialah langkah pencegahan untuk kulit yang lebih baik yang boleh anda miliki dalam satu botol. Ia tidak akan membuatkan kulit anda cantik dalam beberapa hari, tetapi ia mampu membuat perbezaan yang besar kepada kulit anda.

Pelindung tabir surya boleh didapati dalam bentuk losyen, gel, roll on atau spray. Jika ada mempunyai bajet yang kecil, ia boleh sahaja didapati dimana-mana pasaraya atau farmasi.

Periksa kesesuaiannya dengan menyapu mana-mana bahagian pada badan anda untuk mengetahui jika anda anda sebarang reaksi allergi terhadapnya. Jika jenamanya murah, anda memang perlu melakukannya.

Gunakan pelindung tabir surya walaupun cuaca diluar mendung. Sinaran ultraungu boleh menyelinap melalui awan dengan 80 peratus sinaran. Ia juga boleh ada walaupun ketika hujan. Jika anda memandu, sinaran ini boleh menembusi kaca, selain daripada memantul daripada kaca atau air.

Pemakaian tabir surya bukan hanya terhad pada wajah sahaja. Gunakannya pada serata badan atau mana-mana bahagian yang tidak dilindungi. Ini kerana tabir surya bukan sahaja melindungi penampilan anda, tetapi juga dapat menjaga diri anda daripada pembentukan penyakit kulit, kanser kulit dan melanoma.

Walaupun anda tidak pernah menggunakan pelindung tabir surya sebelum ini dan telahpun mengalami symptom kulit kusam dan sebagainya, jangan bimbang. Penggunaan pelindung tabir surya secara berterusan dan menjauhkan diri daripada terdedah terlalu lama daripada matahari dapat membaiki penampilan anda.

Pastikan pelindung tabir surya anda mempunyai SPF lebih daripada 15 dan sapukan secara menyeluruh untuk kesan yang terbaik. Disyorkan juga supaya sapuan dibuat 20 minit sebelum keluar.

Ingat. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

0 comment... add one now