Tiga Cara Terbaik Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata Anda

tiga cara terbaik menghilangkan lingkaran hitam bawah mata anda

Adakah Anda Rasa Terganggu Dengan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata Anda? 


Sebenarnya ia bukanlah masalah yang besar kerana ada banyak cara yang boleh menghilangkannya, asalkan tahu caranya dan mahu berusaha secara berterusan.

Antara sebab utama lingkaran bawah mata adalah kerana faktor merokok, alcohol, kurang nutrisi, kurang tidur, allergi dan pada sesetengah kes, keturunan. Masalah ini kadangkala boleh buat anda merasa malu kerana kelihatan penat walaupun hakikatnya anda tidak. Tapi anda tak lagi perlu mengalami masalah ni selama-lamanya.

Tiga cara ini boleh dicuba untuk mengurangkan lingkaran mata yang mengganggu anda. Dapatkan tidur yang cukup Memiliki masa untuk tidur lapan jam seperti mana yang disyorkan amatlah penting walaupun ramai orang tidak begitu mengambil berat tentangnya. Masa berubah!! Samaada suka atau tidak, tiada krim mata yang berkesan seperti mendapat lena yang cukup.

Banyak penyakit yang berkaitan dengan kulit berlaku akibat kurangnya tidur yang cukup. Lindungi mata daripada sinaran matahari Sinaran UV bukan sahaja merbahaya kepada kulit, tetapi juga kepada mata anda. Oleh itu hanya memakai krim tabir suria sahaja tidak mencukupi. Pakai cermin mata hitam yang dapat melindungi kawasan mata anda daripada sinaran UV. Yang Paling penting, pastikan mata anda sentiasa “sejuk”! 


Tips Yang Boleh Saya Kongsikan Adalah;

  1. Simpan timun di dalam peti sejuk selama sejam (rasanya semua orang memang menyimpan timun dalam peti sejuk bukan?) Potong dua hiris dan letakkan pada mata anda. Biarkan sehingga 15 minit.
  2. Kiub ais juga berkesan, caranya adalah dengan meletakkan pada bawah mata anda selama 10 minit atau selama boleh. Setelah ais cair, bersihkan mata anda dengan tuala.
  3. Salah satu cara yang berkesan juga ialah dengan menyejukkan sudu selama 15 minit di dalam freeze. Setelah sejuk, letakkan pada bawah mata anda sehingga sudu panas kembali. Ulangi jika perlu.
Menjaga diet yang selamat dan kehidupan yang sihat juga dapat memberikan perbezaan yang besar kepada keadaan lingkaran bawah mata anda. Sekiranya tanda-tanda tersebut mulai muncul, gunakan tips-tips yang telah pun diberitahu diatas. Selamat berjaya!!!

0 comment... add one now