6 Tips Untuk Memanjangkan Bulu Mata Anda Dari Rumah

6 tips untuk memanjangkan bulu mata anda dari rumah

Semua wanita mengimpikan bulu mata yang tebal dan panjang. Ini kerana ia dianggap menambahkan persona mata dan tarikan seksual. 

Kerana ini wanita yang tidak dilahirkan dengan bulu mata seperti itu memilih untuk menggunakan bulu mata tiruan ataupun mascara yang banyak terdapat dipasaran.

Walau betapa banyak pun produk yang berada dipasaran, tiada yang dapat menanding bulu mata panjang dan lebat yang asli. 

Selebriti yang sering menggunakan bulu mata palsu sering mengalami masalah kelimumur di bulu mata kerana terlalu obses dengan bulu mata sintetik.

Bahan kimia yang yang digunakan untuk melekatkan bulu mata juga telah dibuktikan mempunyai bahan kimia yang mampu merosakkan bulu mata jika digunakan pada tempoh yang lama. Prosedur menanam bulu mata yang mahal juga belum tentu berkesan kepada semua orang.

Maskara boleh membuat bulu mata anda “kelihatan” tebal dan panjang tetapi jika tidak dirias dengan betul, boleh mencacatkan solekan mata.

Kembali kepada persoalan asal, apakah yang perlu dilakukan jika anda tidak dilahirkan dengan bulu mata yang panjang dan lebat? Cara yang semulajadi adalah yang terbaik. Ia bukan sahaja menjimatkan tetapi juga tiada kesan sampingan.


Bagaimanakah Untuk Memanjangkan Bulu Mata Anda Dari Rumah?


1. Wanita yang mempunyai bulu mata yang nipis yang pendek, yang paling penting ialah peka kepada pemakanan yang berkhasiat dan sihat.

2. Kurangkan penggunaan mekap mata sekiranya anda tidak keluar ke mana-mana ataupun boleh keluar tanpa menyolek mata anda.

3. Jangan sesekali tidur dengan mekap anda. Bersihkannya dengan tisu basah ataupun bebola kapas yang disapu minyak bayi dan selepas itu sapukan minyak yang boleh membantu pertumbuhan bulu mata. 


Minyak-minyak seperti minyak zaitun, minyak badam atau minyak argan adalah amat sesuai. Sapukan dengan berus maskara atau dengan jari sahaja. Untuk mengelakkan merasa lekit pada waktu pagi, bersihkan dengan air.

4. Menyapu jeli petroleum juga boleh membantu.

5. Sesetengah wanita mempunyai bulu mata yang senang gugur. Untuk mendapatkan bulu mata yang lebih kuat, campurkan putih telur dengan beberapa titik minyak kastor. Sapukan pada bulu mata dan biarkan semalaman. Ulangi setiap malam untuk kesan terbaik.

6. Salah satu sebab, bulu mata lemah adalah kerana kelemumur mata. Jika anda mengalaminya, berjumpalah dengan dermatologis anda kerana kelemumur mata melemahkan bulu mata.

0 comment... add one now