Mengapa Wanita Asia Lebih Suka Mempunyai Kulit Yang Putih Dan Cerah

mengapa wanita asia lebih suka mempunyai kulit yang putih dan cerah

Mempunyai Kulit Yang Putih Dan Cerah, Lebih Tinggi Status Sosial


Kulit yang putih dan cerah mempunyai evolusi yang panjang sejak zaman berzaman. Wanita-wanita Yunani dan Roman sanggup melakukan apa sahaja asalkan wajah mereka putih berseri. 

Lebih putih kulit mereka, lebih mereka dianggap cantik. Berjemur di bawah matahari adalah tabu bagi mereka. Dengan menggunakan cat lead (plumbum) dan kapur, wanita-wanita pada zaman tersebut membahayakan diri mereka kerana ia dapat menyebabkan keracunan secara perlahan dan kebiasaannya menyedari perkara tersebut apabila telah terlambat.

Obsesi terhadap kulit putih cerah bak porselin di kalangan wanita Asia bukanlah disebabkan oleh sebab kosmetik sahaja, ia lebih berkait status sosial. Tona warna kulit yang berbeza menandakan status dalam heiraki sosial yang berbeza. 

Kulit yang agak gelap menandakan yang sesorang itu adalah golongan bawahan kerana berkerja di bawah matahari. Untuk diterima dalam golongan kelas atasan, syarat ini perlu dipenuhi. 

Lebih cerah kulit seseorang, lebih tinggi status sosialnya. Untuk mendapatkan kulit yang cerah, lelaki dan perempuan menggunakan berbagai cara, selamat atau tidak untuk mencapai objektif tersebut.


Di Asia, Kulit Yang Putih Dan Cerah Dianggap Simbol Wanita Feminin


Walaupun kini ramai penduduk Eropah dan Amerika menggilai kulit yang sawo matang, orang Asia kelihatannya langsung tidak terkesan dengan trend ini. Antara sebabnya adalah budaya berkulit cerah lebih berstatus tinggi yang telah diterima sejak ratusan tahun ini.

Apa yang wanita Asia ada dan apa yang mereka tiada? Terdapat beberapa perbezaan yang boleh diterima pakai. 

Satu kajian yang melibatkan sekumpulan saintis dan dermatologis telah menggunakan populasi lapan bandar di Asia iaitu Sendai di Jepun, Seoul di Korea Selatan, Guangzhou, Shanghai dan Harbin di China, Calicut dan New Delhi di India dan Manila di Filipina (mewakili kulit bangsa Melayu). 

Keputusan Yang Dicapai Adalah Seperti Berikut;

  1. Bintik-hitam lebih kurang menyebabkan kedutan dan pengurangan keanjalan kulit pada kulit Asia berbanding dengan Caucasian.
  2. Orang Jepun yang memiliki ton kulit yang paling cerah, memiliki melanin yang rendah dan kemerahan kulit yang tinggi berbanding orang India yang mempunyai ton kulit tergelap, juga bermakna mempunyai jumlah melanin tinggi dan kemerahan kulit yang kurang.
  3. Kulit orang Asia lebih kurang masalah pada musim sejuk. Disebabkan oleh kurangnya sinaran matahari dia kawasan Asia, kulit wanita Asia lebih elastic dan berstruktur (mempunyai lebih banyak kolagen).
  4. Kulit wanita Asia menjadi lebih kuning bersama usia dan ini lebih kelihatan pada wanita China dan Korea berbanding kaum-kaum yang lain.
  5. Kulit orang Jepun kurang berkedut berbanding kulit orang India.

Terdapat banyak perbezaan diantara populasi bergantung kepada agama, umur, kedudukan geografi, cuaca dan rutin penjagaan wajah. Tetapi hakikatnya semakin cerah kulit anda, semakin bahaya kerana kekurangan melanin untuk melindungi daripada cahaya matahari.

Dalam budaya kebanyakan negara di Asia, kulit yang putih cerah dianggap sebagai symbol sofisikated, kesucian, feminin dan bertaraf sosial tinggi. Kerana itulah ramai wanita Asia sentiasa mencari jalan untuk mencerahkan kulit mereka. 

Pada satu masa dahulu, mereka menelan mutiara yang dikisar halus sebagai pemutih kulit. Kini bahan kosmetik adalah lebih selamat. Produk baru muncul setiap tahun dan kurang memberikan kesan sampingan kepada wanita.

Walaupun begitu, semua losyen, pati dan serum pemutih ini tetap mempunyai risiko yang perlu diambil kira. Antara risiko tersebut adalah penggunaan merkuri. Jika melebihi dos yang disyorkan, merkuri iaitu pemutih kulit paling berkesan boleh membunuh. 

Malangnya, banyak produk kosmetik pada zaman sekarang mempunyai dos merkuri yang tinggi yang mampu merosakkan sistem saraf tunjang dan buah pinggang. Selain itu ia juga boleh merencatkan perkembangan otak fetus atau anak jika wanita tersebut mengandung.

Jadi memiliki kulit yang putih cerah bukanlah pilihan terbaik untuk wanita Asia, seperti juga kulit gelap. Jadi apakah yang perlu dilakukan? 

Penggunaan penjagaan muka dan tabir suria (jika terdedah kepada matahari ataupun berada di dalam bangunan) adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja untuk wanita Asia, tetapi juga sesiapa saja yang mengambil berat tentang kesihatan dan kulit mereka.

0 comment... add one now