Cara Menghilangkan Jerawat Di Muka

cara menghilangkan jerawat di muka

Siapa yang tidak sedih bila kulit muka dinaiki jerawat, lagi-lagi banyak. Masalah kulit inilah yang selalu membuat diri kita tidak yakin.

Jerawat atau dalam istilah sainsnya disebut sebagai acne vulgaris, pada asasnya ialah satu benjolan yang timbul dari liang kulit muka anda dan disertai dengan nanah serta darah.


Antara Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Jerawat Naik Ke Muka Ialah:

  • Bakteria jahat
  • Kulit berminyak
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Diet makan yang tidak sihat
  • Stress

Cara Menghilangkan Jerawat 


Adakah anda pernah terfikir untuk menghilangkan jerawat di muka? Kalau ditanya kepada orang lain, sudah tentu jawapannya juga ya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat seperti membuat rawatan di pusat kecantikan atau membeli produk menghilangkan jerawat di farmasi atau di klinik.



Tapi, semua itu kadang-kala memerlukan kos yang agak tinggi lebih-lebih lagi jika anda mendapatkan perkhidmatan daripada pusat kecantikan.



Kaedah Semula Jadi


Bagi anda yang ingin mengurangkan kos dan ingin menggunakan bahan semula jadi, anda boleh menggunakan bahan-bahan bukan kimia yang banyak di sekeliling anda. 

Walaupun kesannya tidaklah secepat produk anti jerawat di pasaran, tapi dengan menggunakan bahan semula jadi anda sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos dan kesan alahan (jika ada).

Berikut kami kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan jerawat dengan
bahan semula jadi:

1. Masker Alpokat Dan Madu


masker alpokat dan madu

Untuk pengetahuan anda, alpokat dan madu merupakan salah satu kombinasi terbaik untuk mengatasi masalah jerawat. Madu, bahan semula jadi yang memang terkenal dengan 1001 manfaat untuk kulit, kaya dengan hidrogen peroksida yang bersifat antibakteria.

Sementara itu pula, alpokat turut kaya dengan vitamin E yang mampu menembusi pori-pori kulit dan menjadikan kulit anda lebih sihat dan mengurangkan keradangan pada kulit.
  1. Ambil isi buah alpokat dan masukkan ke dalam mangkuk. 
  2. Potong halus-halus buah alpokat. 
  3. Masukkan satu sudu madu dan gaulkan sehingga sebati. 
  4. Boleh ditambah dengan perahan lemon.
  5. Pakaikan di muka sebagai masker selama 5 - 10 minit.
  6. Bilas dengan air suam.

2. Lemon


lemon

Vitamin C ataupun asid askorbik yang terdapat dalam lemon dapat mengurangkan masalah kulit berjerawat dan memastikan pori-pori yang tersumbat di wajah anda dapat dibersihkan. Selain itu juga, lemoh juga boleh membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan daki kotoran pada wajah pengamalnya.
  1. Sediah sebiji buah lemon.
  2. Potong lemon tersebut kepada dua bahagian dan perahkan.
  3. Sapu perahan lemon tersebut pada wajah anda.
  4. Biarkan selama 15 minit dan keringkan dengan kain yang bersih.

3. Mentimun


mentimun

Tahukah anda bahawa mentimun memiliki manfaat yang sangat bagus untuk kulit muka. Mentimun adalah salah satu sayuran yang tinggi dengan antioksidan, mineral, asid amino dan vitamin C. Semua vitamin dan nutrisi ini sangat membantu dalam membersihkan jerawat serta melembapkan kulit muka.
  1. Potong mentimun nipis-nipis dan letakkan pada bahagian wajah yang berjerawat selama 15 minit. 
  2. Basuh dan bilas wajah anda dengan air suam.

4. Putih Telur


putih telur

Putih telur selain mengandungi protein yang tinggi, ianya juga dapat mengecilkan pori-pori kulit, ianya juga dapat mengurangkan minyak yang berlebihan (punca jerawat). Pernah dengar enzim lysozim? Enzim inilah yang mematikan sel bakteria yang menjadi punca jerawat.

Selain itu, putih telur juga sangat membantu untuk menghilangkan whitehead dan blackhead  di hidung.
  1. Ambil sebiji telur dan asingkan kuning telur dan putih telur.
  2. Kacau putih telur sehingga berbuih.
  3. Sapukan pada wajah anda dan tunggu sehingga kering.
  4. Bilas dengan air suam.
Okay sekadar itu sahaja perkongsian daripada kami. Moga dengan perkongsian ini, anda dapat memilih cara terbaik untuk menghilangkan jerawat di muka dengan cara semula jadi. Akhir kata, jangan lupa share kepada rakan-rakan ya!

0 comment... add one now