Mengenali Punca-Punca Masalah Jerawat

mengenali punca-punca masalah jerawat

Bagi pembaca yang berusia belasan tahun dan masih di bangku sekolah menengah anda mungkin mengalami masalah jerawat yang agak ketara kan? Lagi-lagi pada peringkat umur macam ni, jerawat ni dah macam "sahabat karib", bila-bila masa je ada. Biasalah, pada umur macam ni, hormon masih tidak lagi stabil dan berlaku banyak perubahan pada diri sejak anda akil baligh.

Untuk menambah pengetahuan anda mengenai jerawat ni, kami akan kongsikan kepada anda beberapa punca jerawat "hinggap" di muka anda. 


Di Bawah Ini, Terdapat 5 Punca Jerawat Kenapa Jerawat Tumbuh. Selamat Membaca!



1. Masalah Hormon


Seperti yang kami katakan sebentar tadi, masalah hormon sangat mempengaruhi pertumbuhan jerawat. Jangan kata remaja, orang dewasa yang berusia 20an-30an juga turut mengalami masalah ini. Dari segi sains, kelenjar sebaceous sekarang tengah mengembang dan mengeluarkan sebum.

Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh hormon androgen. Sebum ni biasanya keluar paling banyak sekali semasa usia remaja dan semakin berkurang seiring dengan usia. Jadi jangan risau, semakin anda meningkat dewasa, masalah jerawat pasti akan berkurangan okay!


2. Jangkitan Bakteria Jahat


Ada satu jenis bakteria jahat yang dikenali sebagai Propionibacterium acnes. Biasanya bakteria ini ditemui dalam sel kulit kita. Jadi macam mana bakteria ni memberi kesan kepada kulit kita? Okay, bakteria ni sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati di permukaan kulit. 

Bakteria ni memang banyak pada orang yang mempunyai masalah jerawat di muka. Jadi, kalau anda rajin sentuh jerawat tu, dan pegang kawasan muka yang belum dijangkiti, berkemungkinan besar muka anda akan dinaiki jerawat lagi. Jadi lepas ni, sila lebih berhati-hati ya sebelum sentuh jerawat tu.


3. Cara Pemakanan


Walaupun cara makan ini bukanlah satu faktor yang kuat yang menjadi punca jerawat, tapi anda perlu ingat diet pemakanan memang akan memberi kesan terhadap insulin dalam badan kita. Insulin turut mempengaruhi hormon-hormain lain termasuklah hormon adrogen yang disebutkan tadi. 

Boleh disimpulkan disini, pemakanan secara tidak langsung boleh mempengaruhi jerawat yang tumbuh. Kurangkan makanan pedas dan berminyak, ini adalah seelok-eloknya. Keradangan pada jerawat boleh terjadi bila anda kerap makan makanan yang pedas. Jadi kurang-kurangkan makan makanan yang pedas untuk menjaga muka anda ya.


4. Stress


Salah satu sebab jerawat anda banyak keluar ialah stress. Semakin lama anda stress, semakin terus simptom jerawat anda. Tapi kalau anda rajin menjaga kulit muka anda, kehadiran jerawat ini boleh dicegah. 

Kenapa jerawat naik bila anda stress? Hal ini berlaku kerana berlaku lebihan pengeluaran adrenalin serta hormon androgen dalam badan anda. Bila perkara ini berlaku, jerawat akan lebih banyak keluar dan "menyerikan" lagi muka anda. Gurau je!


5. Penggunaan Kosmetik Dan Alat Solek


Bagi anda yang meminati alat solek dan makeup, sila pastikan selepas anda menggunakannya, bersihkan muka anda dengan baik. Kalau tidak bersih, muka anda akan ditumbuhi jerawat.

Selain itu semasa memilih alat solek pastikan anda memilih bahan semulajadi untuk memastikan kulit anda lebih sihat dan terhindar dari bahan kimia merbahaya. Penggunaan bahan terlarang dalam alat solek boleh membahayakan dan memburukkan lagi keadaan muka anda.

Anda mesti pernah dengar atau lihat, macam mana kesan penggunaan alat solek yang mengandungi bahan terlarang kan? Kulit muka jadi kemerah-merahan seperti radang dan bertambah teruk dari sebelumnya.

0 comment... add one now