Cara-Cara Mengatasi Masalah Jerawat

cara-cara mengatasi masalah jerawat

Sering kali kita dengar bahawa masalah jerawat ini dapat memberikan tekanan kepada kaum wanita dan juga kaum lelaki. Lebih-lebih lagi ia akan memberikan tekanan kepada kaum wanita yang sering menjaga kecantikan kulit mereka. Mengikut statistik, jerawat umumnya terjadi kepada para remaja atau ketika seseorang itu telah mencapai tahap baligh. Selain itu, perubahan hormone terhadap seseorang individu juga adalah salah satu punca munculnya jerawat pada kulit mereka.


Apa Itu Jerawat? 

Secara umum, jerawat ialah apabila munculnya bonjolan di bahagian kulit yang disebabkan oleh liang roma yang tersumbat dengan minyak dan juga sel kulit mati. 

“Acne is bigger problem than injuries.” – Brian Clough. Kenyataan ini sangat disetujui oleh kaum wanita kerana masalah jerawat ini dapat meningkatkan kemurungan dan hilangnya mood seseorang untuk berhadapan dengan orang ramai. Namun, terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah jerawat. 

Kebanyakan daripada kita telah melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah jerawat ini seperti pergi ke klinik kecantikan, membeli produk-produk untuk menghilangkan jerawat dan juga melakukan facial. 


Berikut Adalah Antara Cara-Cara Yang Dapat Mengurangkan Masalah Jerawat Pada Kulit:

  • Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam dengan menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. 
  • Elakkan daripada menggunakan produk kosmetik yang berasakan minyak dan tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Kesihatan. Pemilihan produk kosmetik sangat penting untuk mengelakkan kenaikan jerawat pada bahagian wajah
  • Amalkan pemakanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang dapat memberikan kesan yang baik pada kulit. Sebagai contoh, tomato, timun dan sebagainya.
  • Amalkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk membantu merawat kulit yang sensitif.

Tambahan pula, terdapat cara-cara tradisional yang diamalkan oleh kita pada zaman dahulu ketika tiadanya bahan-bahan pencuci muka, produk kosmetik dan produk-produk lain yang dapat mengurangkan masalah jerawat. 

Jom saya kongsikan cara-cara tradisional yang dapat dilakukan hanya di rumah dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk mengatasi masalah jerawat ini. 


1. Masker Alpukat Dan Madu


masker alpukat dan madu

Alpukat atau dikenali sebagai avocado dan juga madu adalah salah satu kombinasi yang terbaik untuk mengatasi masalah jerawat. Madu, iaitu bahan tradisional yang dikenali sejak dulu memiliki banyak manfaat untuk kulit kerana ia mengandungi hidrogen peroksida yang bersifat antibakteria. Sementara itu, alpukat sangat kaya dengan vitamin E yang dapat memasuki pori-pori kulit.

2. Baking Soda


baking soda

Seperti yang kita tahu, baking soda dapat meneutralkan kulit sehingga bakteria yang penyebab jerawat tidak mampu untuk hidup lama pada wajah anda. Baking soda juga dapat membuang sel kulit mati dan membersihkan pori-pori yang tersumbat serta dapat mengurangkan minyak yang berlebihan pada wajah.

3. Lemon


lemon

Penggunaan lemon juga dapat membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat. Selain itu, lemon juga bertindak sebagai pencerah kulit wajah anda.

4. Timun


timun

Tanpa kita sedari, timun mempunyai manfaat yang sangat tinggi kerana timun kaya dengan antioksida, mineral, amino acid dan vitamin C yang berfungsi untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh badan serta membersihkan jerawat dan melembabkan kulit wajah anda.

5. Tea Tree Oil


tea tree oil

Tea tree oil adalah bahan yang sering kita temui di dalam kebanyakan produk anti-jerawat. Tea tree oil ini berasal daripada tanaman Australia yang dapat membunuh bakteria yang menyebabkan kemunculan jerawat pada wajah.

6. Lidah Buaya


lidah buaya

Lidah buaya adalah salah satu bahan tradisional yang sering digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Lidah buaya sangat kaya dengan zat aktif iaitu vitamin C & E yang dapat menghalang pertumbuhan jerawat pada kulit. Ia juga dapat mempercepatkan penyembuhan kulit manusia.

Demikian adalah beberapa cara yang dapat menghilangkan jerawat secara tradisional dengan mudah. Walaupun terdapat banyak produk yang mengandungi bahan kimia yang lebih efektif untuk mengurangkan masalah jerawat, tetapi ia dapat memberikan kesan sampingan sekiranya kita sering menggunakannya secara berterusan. 

Penggunaan bahan tradisional seperti di atas memerlukan kita untuk bersabar kerana proses untuk mengatasi masalah jerawat dengan cara berikut sangat mengambil masa yang lama tetapi ia tidak akan memberikan kesan sampingan kerana tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Oleh itu, anda perlu konsisten dan berdisiplin ketika menggunakan bahan tradisional ini untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

Ingin selesaikan masalah jerawat dengan skincare Korea KLIK DISINI

0 comment... add one now