Punca-Punca Masalah Jerawat

punca-punca masalah jerawat

Kita tidak dapat lari daripada menghadapi masalah jerawat di kulit terutamanya di bahagian wajah. Sering kali kita dengar pelbagai punca masalah jerawat daripada rakan-rakan, keluarga dan masyarakat sekeliling kerana mereka mempunyai masalah jerawat yang berbeza-beza. 

Disini saya akan membantu anda mengenal pasti punca masalah jerawat yang dapat menyebabkan kemurungan seseorang untuk keluar berhadapan dengan orang ramai. 


Perubahan Hormon

Manusia akan mengalami perubahan hormon ketika usia meningkat remaja, akil baligh, mengandung, datang haid ataupun wanita yang sudah monopose. Jerawat akan mudah timbul apabila kita sudah tiba pada peringkat-peringkat tersebut. Secara umumnya, jerawat akan mudah timbul ketika awal seminggu sebelum kedatangan haid pada bila-bila masa sahaja. 

Sekiranya hormone tidak stabil, masalah ini akan berlanjutan. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga adalah antara penyebab perubahan hormon dan dapat menyebabkan masalah jerawat


Tekanan/Stress

Ramai antara kita akan sering mengaitkan masalah jerawat dengan tekanan yang kita hadapi. Ya, sesetengah jerawat akan timbul disebabkan ketegangan dan tekanan emosi yang kita hadapi setiap hari. Ini mungkin berlaku daripada penghasilan minyak dan sebum kulit yang semakin bertambah. Tekanan ini boleh dibahagi antara dua iaitu tekanan dari segi emosi ataupun dari segi fizikal. 


Contoh Tekanan Emosi


  • Masalah hubungan rumah tangga atau persahabatan.
  • Masalah kerja yang sangat banyak di tempat kerja atau masalah pembelajaran.
  • Kerisauan yang melampau sehingga menyebabkan tekanan emosi.

Contoh Tekanan Fizikal


  • Bersukan tanpa rehat yang mencukupi.
  • Tidur yang tidak mencukupi seperti tidur lewat atau tidur tidak teratur.
  • Merokok dan pengambilan dadah.
  • Jadual seharian yang sangat padat sehingga meningkatkan tekanan dalam diri.

Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang juga adalah salah satu punca masalah jerawat pada kulit. Makanan-makanan yang berminyak, bergoreng atau makanan yang berlemak perlu dikurangkan untuk mengatasi masalah jerawat. 


Toksin Dalam Badan

Toksin dalam badan seharusnya dibuang kerana sekiranya kita tidak pernah membuang toksin dalam badan sejak kita lahir sehingga umur mencecah 30 tahun, terdapat pelbagai sisa toksin yang terkumpul dalam badan. Jika sistem di dalam tubuh tidak mampu membuang toksin secara semula jadi, ia akan menyebabkan kulit kita semakin kusam dan juga berjerawat. 


Kebersihan Kulit Wajah

Kebersihan muka yang tak dijaga dengan baik juga boleh menyebabkan jerawat. Ini kerana pencemaran seperti asap debu dan kotoran persekitaran yang melekat pada kulit muka boleh menyekat pori-pori dan lama kelamaan akan menjadi jerawat. 

Cuci muka dengan cara yang tidak bersih atau bukan dengan cara yang tepat juga boleh menyebabkan timbulnya jerawat di muka. Tambahan pula, kain tuala untuk lap badan juga tidak boleh digunakan untuk mengelap muka kerana sel-sel kulit mati yang ada di tuala tersebut boleh menyekat pori-pori muka.  

Berikut adalah beberapa punca yang sering dihadapi oleh sesetengah individu yang mengalami masalah jerawat. Akan tetapi, sesetengah individu tidak mengalami masalah jerawat kemungkinan mereka mengikuti cara-cara mengatasi masalah jerawat secara berdisiplin dan konsisten. 

Oleh yang demikian, untuk memastikan kita tidak mengalami masalah jerawat yang melampau, kita harus mengambil tindakan yang sebetulnya seperti mengamalkan pemakanan yang sihat, sentiasa membersihkan muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari, dan menggunakan produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah untuk memastikan kulit wajah kelihatan lebih cantik dan berseri. 

0 comment... add one now