Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat di muka, mesti anda mempunyai kurang keyakinan diri apabila berada di kalangan rakan-rakan dan orang sekitar anda bukan?
Lebih-lebih lagi jerawat yang anda ada itu banyak dan meninggalkan parut, mesti rasa sangat rendah diri dengan penampilan anda.
Nak tak kalau kami kongsikan kepada anda, bagaimana tips untuk hilangkan jerawat yang anda ada ini dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi? Jadi tak perlu risau kepada harga dan paling penting sekali kesan sampingan kepada anda.
Di Bawah Ini Kami Kongsikan Kepada Anda 7 Bahan Semulajadi Yang Anda Boleh Gunakan Untuk Menghilangkan Jerawat.
1. Air Perahan Lemon
Ciri-ciri semula jadi dan
sifat antibakteria jus lemon adalah sangat berkesan untuk membersihkan kulit
muka anda yang adakalanya berminyak. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik
dengan, hanya gunakan air perahan lemon secara langsung ke kulit dan biarkan
selama satu jam.
2. Cuka Epal
Berfungsi sama seperti air
perahan lemon, cuka epal mempunyai sifat antibakteria yang sama, serta sifat antikulat
juga. Cuka epal sangat kuat kepekatannya, jadi anda mungkin mahu mencairkannya
apabila anda baru ingin menggunakannya. Hanya gunakan sedikit pada kulit anda,
tetapi pastikan anda memilih cuka tulen, tanpa ditambah dengan sebarang cecair
lain untuk hasil terbaik.
3. Baking Soda
Baking soda adalah pilihan
yang baik untuk membersihkan cela di muka. Bahan ini murah, semula jadi, dan ia
tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang berbahaya atau bahan-bahan lain.
Banyak
kelebihan yang ada pada baking soda ini apabila digunakan untuk kulit: ia tidak
mengelupas, mengurangkan keradangan, dan membersihkan kulit. Apa yang anda
perlu lakukan adalah menggunakan air suam dan baking soda untuk dibuat po.
Kemudian, gunakan pes ke kulit anda seperti topeng. Biarkan selama sejam, dan
kemudian bilas. Anda akan kagum pada hasilnya.
4. Putih Telur
Putih telur juga merupakan
bahan yang bagus untuk menghilangkan jerawat. Untuk menggunakan kaedah ini,
hanya perlu memisahkan telur putih dari kuning telur.
Kemudian, anda boleh memilih
samada untuk menggunakan putik kapas, bola kapas, atau hanya jari anda untuk
memakai telur putih ke kulit anda. Kulit anda akan kelihatan lebih berseri dan
mula tegang jika diamalkan berterusan. Biarkan campuran putih telur pada kulit
anda sehingga satu jam untuk hasil terbaik.
5. Betik
Jika anda biasa dengan
produk penjagaan kulit organik, anda mungkin sudah tahu bahawa betik adalah
bahan yang biasa digunakan dalam rawatan jerawat. Walau bagaimanapun, anda
boleh mendapat manfaat yang sama tanpa mengeluarkan belanja yang mahal!
Apa
yang anda perlu lakukan ialah lenyek isi betik untuk membentuk pes dan sapu
serta ratakan terus ke kulit. Biarkan pes tadi selama 30 minit, kemudian bilas
dengan air.
6. Tea Tree Oil
Tea Tree Oil mampu membantu
untuk menghilangkan jerawat dan masalah kulit yang lain. Tea Tree Oil mampu
memecahkan liang tersumbat, membersihkan sel-sel kulit mati, dan menjaga
jerawat dari kembali ke muka anda.
Untuk menggunakan Tea Tree Oil untuk menghilangkan jerawat, campurkan satu
bahagian minyak kepada enam hingga sembilan bahagian air, bergantung kepada
seberapa “kuat” anda mahu campuran itu. Sapukan terus ke kulit menggunakan bola
kapas dan biarkan selama 30 minit.
7. Bawang Putih
Bawang putih memang tidak
dinafikan khasiatnya kepada kesihatan manusia. Bawang putih mempunyai banyak
khasiat yang mana salah satunya ialah khasiat antibakterianya. Malah ia juga
mempunyai kesan yang hebat apabila digunakan terus ke kulit.
Untuk menggunakan
bawang putih, anda perlu mencincang bawang putih secara halus. Gosokkan bawang
putih dan air bawang putih ke kulit anda, beri perhatian penuh pada kawasan
masalah, dan biarkan selama 30 minit.